Selamat pagi dan salam sejahtera untuk semua.kali ini kita bercerita tentang tempahan customer dari Sepang,Tuan punya rumah tersangat lah baik orangnya,,,setelah membuat temujanji untuk datang mengukur langsir di rumah beliau,,,, selesai proses mengukur dan sebagainya,,maka tuan rumah membuat keputusan untuk memilih pattern langsir eyelet dan roman blind untuk kediaman beliau iaitu semi d setingkat..cantik kan rumahnya,,,sliding door dan tingkap berbentuk L-Shape di tepinya...
Sebenarnya jika nak lebih cantik kita kena tinggi kan langsir ke syiling...jika ada plaster syiling ,,,tapi rumah ini tak ada buat plaster syiling so kita ambil ketinggian yang standard sahaja ..Dari segi pemilihan kain ,,,aksesori dsbnya tuan rumah menyerahkan pada akak untuk menyuai padan kan warna hiasan langsirnya..Kalau anda ingin tahu kain ini dari nagoya,,,hanya berharga rm7 semeter,,,,kain nya cantik ,,tebal jugak kainnya,,,sekali tengok bila dah siap pasang nampak macam kain langsir hotel pula,,kain ni corak terbaru dari nagoya,,,sekali pandang macam plain je,,,tapi dia ada line2 kecil yang menambahkan seri kain tersebut,,,
Next entry,,,,akak akan up load langsir eyelet warna sama dengan ini ,,tapi owner nya kat sg,buluh...semasa akak datang ukur kat rumah beliau, akak ada bawakan perca kain ini ,,,so beliau terus berkenan dan terus pergi beli kat nagoya kl...dia kata satu roll pun dah tinggal tak banyak dah,,,akak rasa ramai yang berkenan dengan colour dan warna kain kot ,, sebab itu masa akak nak tambah sedikit untuk buat tali ini akak tengok kat nagoya Alam Sentral dah habis... Bagi yang tercari2 langsir pada budget rendah elok beli kain mcm ni,,,sebabnya murah dan cantik,,,day curtain pun akak beli kat nagoya yang putih plain,,harganya rm6 semeter bidang 110 in,,keselurahan rumah ini akak menggunakan kain rm6,,rm7 ,,rm9,80 dan rm15 semeter untuk kain roman blind dapur,,Ok layan pic ini ya,,,dan jika berminat call akak ya untuk quotatation,..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan