Baru semalam up date blog...hr ni akak up date lg..kali ini pasal rail langsir...Ramai yang bertanya rail jenis apa yang akak jual? Untuk makluman pengunjung blog akak menjual rail aluminium super doso gred A..,,,rm7 sekaki dengan akak termasuk complete set spt gambar dibawah,,,Biasa dekat hardware setiap satu benda di jual asing2...memang mereka boleh cakap rm2 @ rm3 sekaki tapi itu belum masuk tapak ,,roller dll..rm7 tu dah termasuk upah pasang bagi yg menempah sekali dengan curtain...jika rail sahaja hanya sekitar saujana rawang sahaja akak ambil upah pasang,,,jika jauh biasa akak charge transport bergantung pada jarak.
cth rail kayu n besi curve yang di pasang di rumah customer Saffron Puteri Height Rawang.
Cth rail Aluminium super doso yang telah siap di pasang di customer di Taman Sutera Impian ,,Seksyen 30,Shah Alam
1-Rail kayu campuran ( mcm fiber ) yang ini murah sikit akak jual rm15 sekaki siap pasang,,,sekali tengok ianya sama seperti kayu juga...tapi biasanya tapak dia dalam bentuk single,,,
2- Rail kayu yang original kayu akak jual pada harga rm17 sekaki siap pasang ( biasa nya akak ambik upah pasang beserta jahit sekali )...Biasanya rail kayu ini tapak nya memang dah ada tapak long c ( pjg sikit ) dan sesuai jika mahu guna untuk sheer ( nipis ) Pic nya lebih kurang macam ni ,,kayu yang hitam seperti di bawah,,,maaf ya pic lain lupa nak amik pulak...Lain masa akak tambah pic nya ya..
Antara warna rod kayu original .
3-Rail roman pulak akak jual pada harga rm12 sekaki,,,biasa ramai yang beli secara on line..khususnya customer dari Kelantan,,Pahang ,,Perak dan Johor....>>>>> Di bawah ni rail untuk roman blind ya.
4-Rail besi aluminium ( bentuk ,,warna dan size sama seperti kayu)....Rail ini akak jual rm17 sekaki sama seperti kayu ori kerana set lengkapnya datang dengan tapak single dan kita terpaksa membeli tapak long c untuk langsir double layer yang ada sheer...Besi aluminium ini sesuai digunakan jika sekiranya sliding door yang mencecah sehingga 12-14 kaki lebar ..Bila lebar tingkap nya besar maka kain langsir nya pun banyak helai digunakan,,jika sekiranya kita menggunakan rod kayu biasa ,kayu tersebut akan melengkung kerana tidak mampu menanggung beban yang berat,,jadi pilihan yang sesuai ialah rod kayu alumiunium seperti gambar di bawah.
Jangan Lupa ya,,,nak tempah langsir @ nak belajar jahit langsir ingat ini ya>>>>Promosi sikit >>>>