Selasa, September 29, 2015

Koleksi Eyelet

Assalamualaikum

Dibawah ini akak sertakan tempahan langsir eyelet dari customer yang lepas request dari pembaca blog yang menelefon akak untuk melihat hasil kerja tangan idanis curtain..
Layan je ya,,mana yang berkenan tu boleh tempah ya..



Pemasangan Railing part 2

Assalamuailaikum...

Sekali lagi kita bercerita mengenai railing,,,Beberapa minggu lepas akak menerima panggilan dari customer dari Seri Kembangan,,,Beliau memaklumkan bahawa beliau pernah menempah langsir dan railing dekat nilai,,,menurutnya lagi beliau menempah langsir dan servis pasang rail sekali,,,memandangkan kain langsir nya agak berat dan sliding door nya pula besar ,,,maka patah lah rod nya..

Untuk makluman anda semua rod kayu sebenarnya ada 2 jenis,,,salah satu nya original kayu ( harganya agak mahal sedikit ) dan satu lagi rod kayu juga ,,,tapi dia lebih kepada campuran serbuk kayu ,,ianya lebih murah sikit,,,kualitinya anda semua sedia maklum lah antara yang original dan tiruan,,,akak tak berani nak bagi pendapat lebih2,,,

Satu lagi penyelesaian kepada masalah langsir yang berat dan tingkap / sliding lebar ialah dengan menggunakan railing aluminium bulat spt kayu,,,inilah penyelesaianya yang akak sarankan kepada customer tersebut,,,ini gambar nya jika anda masih belum kenal apa itu rod aluminium bulat spt kayu,,,jika tempah siap pasang akak jual pada harga rm16 sekaki,,

 
Sekali lagi akak nak maklumkan bahawa untuk menempah untuk memasang rod/rail kami terima jika sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan khidmat kami,,,tapi bukan lah sebatang @ dua batang sahaja,,,,sekurang-kurang nya  pasang railing untuk sebuah rumah/apartment ...

Untuk sebarang perkhidmatan ke destinasi anda akak caj transport ya......Jangan lupa jika ingin menempah langsir sila lah belek2 dekat FB IDANIS CURTAIN YA.....Jumpa lagi ya...